
Pemain pasukan ATM meraikan kejayaan menewaskan pasukan Sabah dalam perlawanan Liga Premier 2017. Gambar oleh Darren Liew / SukanMalaysiaDotMY
Kota Kinabalu , 10 Februari 2017 : Sabah gagal meneruskan momenten kemenangan apabila tewas di tangan ATM dalam perlawanan Liga Premier 2017 yang berlangsung di Stadium Likas Kota Kinabalu .
Pasukan pelawat ATM membuka tirai jaringan pada min ke 3 menerusi Pavel Smolyanchenko selepas penjaga goal Sabah melakukan kesilapkan di depan gol . ATM megandakan jaringan goal menerusi Mohd Rafizol Roslan pada minit ke 13 sebelum pasukan Sabah merapatkan jurang jaringan pada minit ke 27 menerusi Jonathan Behe .

Pemain Sabah Jonathan Behe menjaringkan gol melalui tandukan pada minit ke 13 perlawanan. Gambar oleh Augustine Jumat/SukanMalaysiaDotMy.
Separuh masa kedua Sabah tampil dengan gaya permainan bertenaga dan hasilnya Rawilson Batuil menjaringkan goal penyamaan pada min ke 51 .
Tiga jaringan di lewat permainan meranapkan impian Sabah sekurang-kurangnya berkongsi mata bersama Pasukan pelawat . Dua goal dari Pavel Snolyanchenko pada minit ke 76 dan min ke 90 sekali gus hatrick untuk Pavel pada perlawanan ini . Mohd Rafizol juga menjaringkan goal peribadi kedua pada min ke 86 melengkapkan malam gemilang Pasukan ATM di tempat lawan .