Home / Bola Sepak / LIGAPREMIER2017 : Apo Kono ehh Jang seri lagi ??

LIGAPREMIER2017 : Apo Kono ehh Jang seri lagi ??

Saiful Amar cuba menenangkan rakan-rakan pada aksi di Paroi. Gambar Oleh Akhmal Zeary / SukanMalaysiaDotMy

                                                                                                                                                                                        SEREMBAN, 05 OGOS. Negeri Sembilan gagal mengutip 3 mata penuh apabila sekadar seri 2-2 dengan PDRM, sekali gus menyukarkan laluan melayakan diri ke liga super pada tahun hadapan dengan baki 3 perlawanan . Di awal separuh masa pertama, pelawat  banyak melakukan serangan berbahaya yang banyak mencemaskan penyokong tuan rumah yang hadir sekitar 4000 orang. Dengan ketiadaan beberapa tonggak yang mengalami kecederaan dan pergantunggan, pasukan Negeri Sembilan dilihat sukar mengatur serangan untuk mendapatkan gol.

Minit ke 28 menyaksikan Khairul Anwar berjaya melakukan sepakan deras yang mengegarkan tiang gol lawan dan lantunan bola tepat kearah Bruno Junichi yang tidak dikawal mudah melakukan lencongan bagi menewaskan penjaga gol PDRM. Namun pada minit ke 39 , bekas pemain Negeri Sembilan, Shahruain berjaya menyamakan kedudukan hasil gerakan pantas PDRM.

Bruno Junichi cuba mencabar Konate pada aksi di Paroi. Gambar Oleh Akhmal Zeary / SukanMalaysiaDotMY

Negeri Sembilan bertambah tertekan apabila penyerang mereka cedera selepas diterjah keras oleh pertahanan lawan. Kemasukan pemain muda Sean Eugene Selvaraj berjaya menghasilkan gol pendahuluan pada minit akhir separuh masa apabila hantaran dari Lee Tuck berjaya disudahi dengan sempurna.                                                                

Pada separuh masa kedua pelawat melakukan tekanan terhadap benteng tuan rumah dan berjaya menghasilkan gol setelah Saiful Amar penjaga gol kedua Negeri Sembilan gagal menepis keluar bola dengan kemas dan dihukum oleh Shahruain pada minit ke 63.

Walaupun bermain dengan sepuluh orang setelah pemain pertahanannya dibuang padang, PDRM nampak mampu menyerap segala tekanan dan berjaya mengikat lawan sehingga wisel tamat ditiupkan.