Home / Bola Sepak / #LIGAPERDANA : Negeri Sembilan terus bergaya !

#LIGAPERDANA : Negeri Sembilan terus bergaya !

DSC_8699

Annas Rahmat meraikan kejayaan setelah menjaringkan gol persamaan. ©Abd Jalil/ SukanMalaysiaDotMy

SEREMBAN , 3 Februari 2017 :  Skuad Negeri Sembilan terus mengekalkan rentak kemenangan apabila berjaya menewaskan PKNP di Stadium Tuanku Abdul Rahman.

Dikejutkan dengan jaringan awal pelawat pada minit ke 38 oleh Ganesan, permainan pada separuh masa pertama banyak dikuasai oleh PKNP.

DSC_8748

Tandukan Curran Lawrence Singh Ferns menghasilkan gol kedua buat Negeri Sembilan. © Abd Jalil/SukanMalaysiaDotMy

Negeri Sembilan bangkit mengatur gerakan pada separuh masa kedua permainan dan pada minit ke 46, pemain gantian Negeri Sembilan, Annas Rahmat berjaya mengembirakan hampir 3600 penyokong apabila meledakkan jaringan penyamaan.
NC1_9453

Bruno cuba melepasi pemain pertahanan PKNP. ©Akhmal Zeary/SukanMalaysiaDotMy

Gol tersebut ternyata memberi semangat kepada pasukan tuan rumah dan Negeri Sembilan terus menguasai permainan dengan gerakan-gerakan menarik melalui rangkaian trio import mereka. Kegembiraan penyokong ditambah oleh jaringan Curran Lawrence Singh Ferns pada minit 66″ dan pemain sensasi tuan rumah, Brunojunichi melengkapkan malam cemerlang Negeri Sembilan dengan gol menarik pada pada minit ke 72″ seterusnya membuatkan PKNP pulang hampa.