Home / Bola Sepak / LIGA MALAYSIA DISAMBUNG SEMULA 28 OGOS 2020

LIGA MALAYSIA DISAMBUNG SEMULA 28 OGOS 2020

Malaysia Football League (MFL) akhirnya membuat keputusan untuk meminda tarikh sepak mula bagi saingan Liga Malaysia 2020.

Hasil dari mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL pengendali Liga Malaysia itu menetapkan penyambungan semula liga tempatan yang akan bermula pada 28 Ogos ini dianjakkan dua hari lewat berbanding dengan yang telah ditetapkan sebelum ini.

Perancangan kalendar baharu telah mengambil kira perkara-perkara seperti penundaan tarikh pusingan kelayakan Piala Dunia 2020 dan Piala Asia 2023.

Selain itu ia juga mengambil kira tarikh baharu Asian Champions League (ACL) yang bermula 17 Oktober sehingga 4 November depan melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim dan penundaan kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 berdasarkan kenyaataan rasmi AFF bertarikh 30 Julai 2020.

Piala Malaysia akan membuka tirai bermula dengan pusingan 16 pada 16 hingga 18 Oktober 2020 disusuli aksi suku akhir (24 dan 25 Oktober), separuh akhir (30 dan 31 Oktober 2020) dan perlawanan akhir pada 7 November 2020.

Namun sekiranya Covid-19 masih berlanjutan di negara ini MFL juga memiliki tarikh simpanan diantara 10 hingga 29 November 2020 dalam usaha memastikan Liga Malaysia musim ini tetap dilaksanakan seperti yang dirancang untuk menentukan pemenang liga secara rasmi bagi kelayakan AFC, ACL dan Piala AFC 2020.

Dalam pada itu MFL mengesahkan perlawanan Liga Super menemukan PJ City menentang Terengganu dan perlawanan Liga Premier UKM FC menentang Kelantan kekal berlangsung pada 22 Ogos.

Berkenaan venue Kuching FA dan Sarawak FC pula akan diumumkan dalam tempuh terdekat ekoran penularan wabak Covid-19 yang masih aktif di negeri itu.

Pada masa yang sama Datuk Abd Ghani menegaskan tiada penurunan dari pasukan Liga Premier pada musim ini tetapi format biasa iaitu dua pasukan yang menduduki tangga ke-11 dan 12 dari Liga Super (turun ke Liga Premier) dan dua pasukan teratas Liga Premier (naik ke Liga Super) kekal seperti biasa.