Home / Bola Sepak / LIGA IPT DIVISYEN 2 2019/2020 : UKM MUNCUL JUARA

LIGA IPT DIVISYEN 2 2019/2020 : UKM MUNCUL JUARA

Foto : FB Liga Bola Sepak IPT

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul juara divisyen 2 Liga Bola Sepak IPT 2019/2020 dengan mengatasi cabaran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan keputusan 2-0 pada aksi perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium UKM.

Foto : FB Liga Bola Sepak IPT

Haikal Hakimie mencetak nama sebagai penjaring gol pembukaan buat UKM pada minit ke-47 disusuli dengan jaringan Hijazi Muhyiddin pada minit ke-58.

Foto : FB Liga Bola Sepak IPT

Dalam aksi perebutan tempat ketiga/keempat, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) memenangi perebutan dengan menewaskan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan jaringan 2-1.

Foto : FB Liga Bola Sepak IPT

Kedua-dua pasukan gagal mencipta sebarang jaringan sehingga tamat masa perlawanan yang berkesudahan 0-0.

Jaringan pembukaan yang tunggu hanya muncul pada masa tambahan perlawanan oleh Fidzril Othman pada minit ke-100 dan 111 manakala USIM memperolehi gol saguhati pada minit ke-119 menerusi Syamirul.

Foto : FB Bahagian Sukan IPT

Ahmad Hijazi Mahyudin dari UKM meraih anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir manakala Alhendi Ebrahim Yaser Ebrahim dari City University merangkul anugerah Penjaring Terbanyak Karnival dengan mencetak 7 gol keseluruhan.