Home / Hoki / LIGA HOKI MALAYSIA 2020 : PST UNITEN & HOCKADEMY KL CATAT KEMENANGAN KEDUA

LIGA HOKI MALAYSIA 2020 : PST UNITEN & HOCKADEMY KL CATAT KEMENANGAN KEDUA

Tiga perlawanan Liga Hoki Malaysia bagi kategori wanita menyaksikan PST Uniten menewaskan PDRM Blue Warrior 2-0.

Namun aksi kedua liga lebih terarah kepada pertembungan di antara pendatang baru Hockademy KL berjaya mengatasi Terengganu Ladies 2-1. Aksi Sabah menentang Mutiara Impian pula berkesudahan seri 1-1.

Selepas masing-masing memenangi aksi pembukaan Sabtu lalu, pertemuan Hockademy KL menentang Terengganu Ladies merupakan antara perlawanan yang dinanti.

Terengganu Ladies bermula baik dengan jaringan pembukaan seawal minit ke-10 menerusi pukulan sudut penalti Juliani Mohd Din. Kedudukan 1-0 tamat sehingga tamat 30 minit perlawanan.

Giliran Hockademy KL menguasai perlawanan bersambung suku ketiga menyaksikan minit ke-43 Noramira Syakira Zulkifi berjaya menjaringkan gol penyamaan buat pasukannya.

Memasuki suku keempat dua-dua pasukan terus bersaing hebat untuk mencari gol kemenangan. Wan Norfaiza Mohd Sayuti memastikan tiga mata berharga buat Hockademy apabila menjaringkan gol kemenangan berbaki 2 minit perlawanan.

Keputusan ini membolehkan Hockademy terus melonjak ke tangga atas liga dengan mengumpul enam mata penuh.