Home / Lain - Lain / Liga Dron Asia tarik 50 penyertaan antarabangsa

Liga Dron Asia tarik 50 penyertaan antarabangsa

Buat julung kalinya berlangsung Liga Dron Asia di Kompleks Sukan EduCity di Iskandar Puteri disertai 50 pemain dron antarabangsa daripada lapan buah negara.

Antara negara yang mengambil bahagian adalah Jepun, Korea Selatan, Thailand dan India.

Kejohanan Liga Dron Asia 2019 mempertandingkan dua kategori tumpuan iaitu terbuka dan beginner buat peserta antarabangsa dan tempatan tanpa mengira had umur.

Kategori beginner diungguli peserta tempatan Mohd Imanuddin manakal kategori terbuka dimenangi oleh Sun Jung Park dari Korea Selatan.

Menurut Ketua Operasi Iskandar Investment Berhad Datuk Akmal Ahmad penganjuran Liga Dron Asia merupakan sebahagian daripada inisiatif Iskandar Investment Berhad dalam memperkasakan kandungan aktiviti sukan yang berlangsung di Iskandar Puteri.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor Zulkifli Ahmad dengan hadiah keseluruhan bernilai RM25,000.