Home / Bola Sepak / Liga Bolasepak Malaysia Kembali

Liga Bolasepak Malaysia Kembali

Laporan Oleh : Md Duang

KUANTAN 17 Jan 2014 : Liga Bolasepak Malaysia 2014 bakal bermula hari ini apabila Juara Piala Malaysia 2013, Pahang bakal menerima kunjungan Juara Liga Super Malaysia 2013, Lions XII. Pahang yang mendapat sentuhan Ronald Smith pastinya ingin menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri pasti ingin merebut gelaran sebagai juara Piala Sumbangsih sekaligus meraih tiga mata sulung Liga Super untuk memastikan permulaan yang baik untuk musim 2014.

Pahang muncul juara Piala Malaysia 2013.

Pahang muncul juara Piala Malaysia 2013.

Juara Piala Malaysia musim lalu, skuad Tok Gajah dilihat semakin mantap dengan kehadiran pemain pertahanan import yang baru iaitu Zesh Rahman selain Dickson Nwakame. Gandingan pemain-pemain import yang baru ini pasti akan mengukuhkan pasukan yang turut mengekalkan tonggak import yang cemerlang tahun lalu iaitu Matias Conti dan Damion Stewart.

Kelibat Dickson Nwakame mampu menambah sengat serangan pasukan Pahang.

Kelibat Dickson Nwakame mampu menambah sengat serangan pasukan Pahang.

Manakala skuad Lions XII yang menagih khidmat bekas pengendali JDT, Fandi Ahmad juga memasang impian untuk membuka ‘langkah kanan’ dalam saingan liga Super musim ini. Dengan status selaku juara Liga Super Malaysia 2013, Lions XII pastinya tidak rela tumbang di hadapan puluhan ribu penonton yang dijangka memenuhi segenap penjuru Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Bahang perlawanan pembukaan tirai musim baru ini semakin hangat dan hanya menunggu detik tiupan wisel permulaan sebagai simbolik bermulanya saingan Liga Malaysia 2014. Setelah menyiapkan pasukan sepanjang aksi pra musim, kini tiba masa untuk diterjemahkan di pentas sebenar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*