Home / Lain - Lain / LE TOUR DE LANGKAWI 2O2O : RANGKUMAN PERINGKAT KETUJUH BAGAN-ALOR SETAR

LE TOUR DE LANGKAWI 2O2O : RANGKUMAN PERINGKAT KETUJUH BAGAN-ALOR SETAR

Pelumba Terengganu Inc. TSG Cycling Team Mohd Harrif Saleh muncul juara apabila mengungguli peringkat ketujuh Le Tour de Langkawi 2020 dari Bagan ke Alor Setar.

Kemenangan Harrif menjadikan beliau pelumba negara yang memenangi dua peringkat edisi ini yang terdahulu menguasai peringkat kelima di penamat Meru Raya Selasa lalu.

Harrif mempamerkan pecutan bertenaga di garisan penamat untuk menewaskan dua lagi pelumba pecut dari eropah.

Beliau terpantas di garisan penamat berhadapan Menara Alor Setar menerusi catatan masa 2:53:18 saat.

Ia menyaksikan juara penamat yang sama edisi lalu Matteo Pelucchi dari pasukan Bardiani CSF Faizane’ sekadar meraih tempat kedua.

Manakala ketiga disandang juara kedua di penamat Kerteh iaitu Taj Jones dari pasukan ARA Pro Racing Sunshine Coast.

Untuk rekod ini kali keempat wakil Malaysia berjaya memenangi peringkat perlumbaan LTDL menerusi dua pelumba pecut negara.

Kali pertama hadir menerusi Anuar Manan pelumba dari Terengganu selepas dia cemerlang mengungguli penamat di Port Dickson pada 2010.

Harris telah dua kali menguasai peringkat pada edisi ini dan pada edisi lalu di penamat Dataran Pahlawan Bandaraya Melaka.

Bagi kedudukan pemegang jersi ia masihnya tidak berubah dengan jersi kuning menjadi milik Team Sapura Cycling menerusi Danilo Celano dari Itali dengan catatan masa keseluruhan 24:10:51.

Jersi putih terbaik Asia masih kekal dibadan Yevgeniy Fedorov dari pasukan Vino – Astana Motors sejak peringkat pertama lagi.

Manakala Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff juga dari Team Sapura Cycling masih ditangga pertama mengekalkan jersi selaku Raja Bukit dengan kelebihan 9 mata sekaligus mempertahankan jersi merah sejak peringkat kedua.

Jersi hijau Raja Pecut masih menjadi milik Maximilian Walscheid pelumba World Tour dari pasukan NTT Pro Cycling. Bagaimanapun kedudukan beliau tampak goyah apabila berkelebihan hanya dua mata mengatasi pencabar Taj Jones di tempat kedua ketika saingan berbaki sepusingan lagi.