Home / Bola Sepak / Lang Merah Kembali Terbang Tinggi

Lang Merah Kembali Terbang Tinggi

DSC_6026

Badrol Bakhtiar dikawal ketat dan diasak oleh pemain-pemain pertahanan Kelantan. Gambar Oleh : Ahmad Aki

Alor Setar, 10 Oktober :  Sebuah lagi wakil pasukan daripada Liga Perdana iaitu Kedah membuat kejutan dalam kempen Piala Malaysia 2014 apabila melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dengan menidakkan peluang Kelantan yang datang ke Alor Setar dengan bekalan kelebihan 2 gol.

Pasukan Kedah dengan jolokan Lang Merah bermain seperti tiada tekanan walaupon ketinggalan dengan aggregate 3-1. Sebaik wisel mula ditiupkan, Kedah melancarkan serangan-serangan merbahaya untuk mengurangkan defisit gol.  Pasukan Kedah berjaya menundukan pasukan Kelantan dengan jaringan 3-0 di laman sendiri dan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dengan aggregate 4-3.

DSC_6552

Trio gandingan mantap pemain import Kedah yang juga banyak mengimbangi kekuatan pasukan di setiap bahagian pada malam tadi. Gambar Oleh : Ahmad Aki

Tidak dinafikan pemain-pemain import Kedah juga memainkan peranan penting dengan membuka ruang serta mencipta peluang untuk rakan-rakan pasukan membuat jaringan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*