Home / Golf / Lahiri buktikan dari ‘zero’ ke HERO

Lahiri buktikan dari ‘zero’ ke HERO

Anirban Lahiri bersama trofi selepas memenangi Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia 2015

Anirban Lahiri bersama trofi selepas memenangi Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia 2015

KUALA LUMPUR, 8 Februari 2015 : Pemain golf dari India, Anirban Lahiri mencetuskan fenomena dari ‘zero’ ke HERO apabila mengenepikan saingan pemain-pemain golf terkemuka dunia apabila menjuarai Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia 2015 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), petang tadi.

Tanpa diberi tumpuan dan harapan dalam kejohanan kali ini apabila dibayangi pemain-pemain bintang dari Jelajah Eropah, Anirban Lahiri, 27 tahun,  bermula dengan 12 pukulan di bawah par, 5 pukulan di belakang pendahulu hari ketiga Bernd Wiesberger, namun permainan cemerlang beliau berjaya menafikan peluang Wiesberger yang gagal mengekalkan konsistensi beliau apabila memasuki sembilan lubang kedua.

“Ini adalah kemenangan yang sangat bermakna buat saya. Walaupun telah memenangi 6 kejohanan dalam siri Jelajah Asia, namun ini adalah kemenangan pertama saya dalam siri Jelajah Eropah -‘ ujar Anirban ketika ditemui pemberita selepas kejohanan.

Kejayaan di Kejohanan Maybank Terbuka Malaysia 2015 juga meletakkan Anirban di tangga ke 40, senarai rangking pemain golf dunia dan melayakkan beliau untuk bermain di Kejohanan Masters pada bulan April akan datang.

Anirban, yang melakukan catatan keseluruhan 272 pukulan, 16 di bawah par, membawa pulang hadiah berjumlah USD500,000.00 dan merupakan pemain kedua India yang berjaya menjuarai kejohanan ini selepas Arjun Atwal.

Sementara itu Danny Chia dan Galvin Kyle Green muncul pemain terbaik Malaysia apabila menamatkan saingan dengan 284 pukulan, 4 di bawah par untuk berada di tempat ke 25.

Kejohanan Maybank Terbuka Malaysia adalah kejohanan golf anjuran Persatuan Golf Malaysia dan dianjurkan bersama oleh Jelajah Asia dan Jelajah Eropah. Ini merupakan tahun kesepuluh, Maybank menjadi penaja utama kejohanan ini.

Senarai teratas kejohanan

272 – Anirban LAHIRI (IND) 70-72-62-68.

273 – Bernd WIESBERGER (AUT) 70-66-63-74.

275 – Paul WARING (ENG) 69-68-65-73, Alejandro CANIZARES (ESP) 68-65-68-74.

277 – Gregory BOURDY (FRA) 70-70-68-69, Richard T. LEE (CAN) 69-69-68-71, Paul PETERSON (USA) 72-69-64-72, Lee WESTWOOD (ENG) 66-67-69-75.

278 – Marc WARREN (SCO) 70-71-69-68.

279 – S.S.P. CHAWRASIA (IND) 76-67-68-68.

280 – Nathan HOLMAN (AUS) 72-71-71-66, Wade ORMSBY (AUS) 73-69-71-67, Richard BLAND (ENG) 68-70-73-69.

281 – Scott HEND (AUS) 73-72-66-70, WANG Jeung-hun (KOR) 77-66-67-71.

282 – Robert ROCK (ENG) 70-70-74-68, Thomas PIETERS (BEL) 73-73-70-66, Peter LAWRIE (IRL) 71-66-75-70, Peter UIHLEIN (USA) 72-72-65-73.

283 – Thanyakon KHRONGPHA (THA) 74-69-70-70, Thongchai JAIDEE (THA) 72-73-67-71, Pablo LARRAZABAL (ESP) 73-69-67-74, Alvaro QUIROS (ESP) 70-70-67-76, Jake HIGGINBOTTOM (AUS) 69-71-67-76.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*