Home / Golf / Kota Permai teruskan kegemilangan

Kota Permai teruskan kegemilangan

Pengurus Besar, Kelab-kelab Gamuda Land, Encik Tang Meng Loon bergambar selepas menerima IAGTO Diamond Award 2015

Pengurus Besar, Kelab-kelab Gamuda Land, Encik Tang Meng Loon (kanan) bergambar selepas menerima IAGTO Diamond Award 2015

Kuala Lumpur, 01 July 2015 : Kelab Golf Kota Permai, terus membuktikan mereka antara kelab golf terbaik di Malaysia apabila meneruskan tradisi kecemerlangannya dengan menerima anugerah IAGTO Diamond Award di malam anugerah The Global Golf Tourism Organisation (IAGTO) Excellence Awards 2015, yang berlangsung penuh meriah di Jakarta, Indonesia baru baru ini.

Anugerah berprestij ini diberi kepada kelab golf yang konsisten dalam mengekalkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan pelanggan dan mampu memberi pengalaman bermain golf yang berbeza, unik dan menarik kepada pengunjung. Untuk melayakkan mana-mana kelab golf untuk menerima anugerah ini, kelab golf tersebut mestilah diperiksa oleh wakil IAGTO. Hanya satu kelab golf di setiap lapan buah negara iaitu Abu Dhabi, Kemboja, China, Fiji, Indonesia, Malaysia dan Thailand dipilih untuk menerima pengiktirafan ini.

Pengurus Besar, Kelab-kelab Gamuda Land, Encik Tang Meng Loon berkata dalam ucapannya, IAGTO Diamond Award adalah satu penghormatan buat Kelab Golf Kota Permai dan beliau bangga menerima anugerah tersebut di dalam majlis berprestij di malam anugerah The Global Golf Tourism Organisation (IAGTO) Excellence Awards 2015.

“Kota Permai berusaha keras untuk mengekalkan keindahan lapangan golf kami dan kepantasan kelajuaan ‘green’ yang sentiasa menjadi bualan pemain-pemain golf. Ianya bukan tugas yang mudah untuk mengekalkan Kota Permai sebagai kelab golf bertaraf antarabangsa. Anugerah ini membuktikan kami boleh melakukannya’. ujar Encik Tang.

 

Barisan pengurusan Kelab Golf Kota Permai bergambar selepas menerima anugerah Best Maintained Golf Course in Malaysia di Malam Anugerah Golf Malaysia.

Barisan pengurusan Kelab Golf Kota Permai bergambar selepas menerima anugerah Best Maintained Golf Course in Malaysia di Malam Anugerah Golf Malaysia.

Sesungguhnya apa yang dinyatakan oleh Encik Tang ternyata berasas apabila Kelab Golf Kota Permai juga dipilih sebagai Best Maintained Golf Course in Malaysia untuk kali keempat berturut-turut di Malam Anugerah Golf Malaysia anjuran Majalah Par Golf yang diadakan berasingan di ibu negara. Anugerah ini diadili oleh 50 orang ahli panel yang dilantik oleh Par Golf dan Persatuan Golf Malaysia (MGA) berserta dengan undian secara online.

Dari meja Sukan Malaysia, Tahniah Kelab Golf Kota Permai dan teruskan kegemilangan !

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*