Home / Lain - Lain / KOAM TUNAIKAN INSENTIF KEPADA ATLET YANG BERJAYA MEMECAH REKOD KEBANGSAAN

KOAM TUNAIKAN INSENTIF KEPADA ATLET YANG BERJAYA MEMECAH REKOD KEBANGSAAN

Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menepati janji apabila menyerahkan insentif yang tertangguh kepada empat atlet olahraga atas kejayaan memecahkan rekod kebangsaan.

Ia termasuk penyerahan insentif Sukan Sea kepada lima atlet yang meraih pingat pada edisi 2019 di Filipina dengan jumlah keseluruhan RM12,750.

Empat atlet yang menerima insentif selepas memperbaharui rekod kebangsaan ialah Jackie Wong Siew Cher (baling tukul besi), Iskandar Alwi (lompat bergalah), K.Prabu Das (marathon), Andre Anura Anuar (lompat jauh).

Atlet baling tukut besi negara Jackie Wong Siew Cher muncul penerima tertinggi iaitu RM3,000 atas kejayaannya memecahkan rekod kebangsaan sebanyak tiga kali pada tahun 2019.

Jackie memperbaharui rekod miliknya pada kejohanan Olahraga Asia Doha (April), Terbuka Korea Selatan (Jun) dan Terbuka Malaysia (Ogos).

Ketika ini catatan rekod Jackie ialah 68.22 meter dan dalam perkembangan lain KOAM masih belum merancang untuk mengadakan kejohanan dalam masa terdekat.

Menurut presiden KOAM Datuk S.M Muthu KOAM perlu mengadakan perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terlebih dahulu mengenai SOP yang sesuai.

Tambah Datuk Muthu situasi kurang stabil pandemik Covid-19 dalam negara juga memaksa KOAM berjaga-jaga termasuk perancangan merebut slot ke Olimpik.