Home / Hoki / KLHA BAKAL PERKENALKAN LIGA HOKI KUALA LUMPUR

KLHA BAKAL PERKENALKAN LIGA HOKI KUALA LUMPUR

Kalendar hoki tempatan dijangka padat selepas pembukaan semula sektor sukan secara kontrak.

Terbaharu Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) turut akan menganjurkan Liga Hoki Kuala Lumpur yang dijangka bermula pertengahan September hingga Disember hadapan.

Penganjuran Liga Hoki KL diumumkan pada mesyuarat jawatankuasa KLHA dengan jaminan tiada pertembungan dengan semua liga yang dianjurkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Bermatlamatkan menganjurkan liga yang berdaya saingan KLFA bakal menjemput beberapa pasukan hebat seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maybank dan pasukan-pasukan ternama tempatan lain.

KLFA masih mengenalpasti dua lokasi yang bakal dipertimbangkan bagi penganjuran liga ini adalah Stadium Hoki Kuala Lumpur dan Stadium Hoki Tun Razak.

Garis panduan prosedur operasi standard (SOP) telah pun dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) serta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk kelulusan.

Dengan peningkatan kes Covid-19 ketika ini KLHA menjelaskan perlu menyediakan prosedur operasi cukup rapi dan teliti selain meminta pasukan yang terbabit kelak mengambil berat semua peraturan ketat pertandingan.