Home / Lain - Lain / #KL2017 – Emas pertama Malaysia dari Chinlone

#KL2017 – Emas pertama Malaysia dari Chinlone

Pemain pasukan sepaktakraw Chinlone (Linking) Lelaki Malaysia dalam pertandingan Sepaktakraw Chinlone (Linking) Lelaki Sukan Sea 2017 bersama pingat emas pertama negara di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, Malaysia. Gambar oleh Arep KULAL © TEAMMAS

KUALA LUMPUR 16 August 2017 : Skuad Sepaktakraw Chinlone negara berjaya meraih pingat emas pertama negara di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur apabila berjaya memungut 389 mata. Malaysia menewaskan Filipina yang hanya meraih 270 mata.

Pasukan Malaysia diperkuatkan oleh Muhammad Faiz Roslan, Mohamad Kamal Aizat Ami, Ab Muhaimi Che Bongsu, Putera Israfi Kamarulzaman, Muhamad Asyraaf Hadi, Izuan Afendi Azlan Mohd Nazuha Mohd Naszli dan Iskandar Zulkarnain Salim dilihat konsisten sepanjang permainan berlansung.

Walaupun kelihatan gugup di pertengahan namun kesemua mereka meneruskan misi emas pertama dengan baik sambil disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin

Skuad bimbingan Mohd Yusuff Abdullah sebelum itu memberi isyarat awal untuk mengenggam emas apabila berjaya mengutip 195 mata pusingan pertama manakala Filipina sebagai pemenang pingat perak mendapat 132 mata.

Bagaimanapun pada pusingan kedua, aksi konsisten mereka berjaya menghasilkan 138 mata sekaligus memastikan pingat emas pertama seperti yang disasarkan menjadi milik negara.