Home / Lain - Lain / Kizierowski tolak lamaran Kesatuan Renang Amatur Malaysia

Kizierowski tolak lamaran Kesatuan Renang Amatur Malaysia


Kizierowski merupakan bekas perenang Olimpik negara Poland yang kini berkhidmat sebagai jurulatih di Sepanyol (Sumber : Instagram/@bartmankiz)

Jurulatih renang dari Poland Bart Kizierowski menolak tawaran Kesatuan Renang Amatur Malaysia untuk melatih skuad renang negara bagi menggantikan dari jurulatih Australia, Paul Birmingham Thomas.

Beliau mengubah fikiran atas alasan polisi Malaysia berhubungan larangan kemasukan atlet Israel ke negara ini.

Kizierowski yang merupakan bekas pemenang Kejuaraan Dunia dalam kategori gaya bebas 50 meter lelaki dan pernah mewakili negaranya di empat kejohanan Olimpik bagaimana pun berterima kasih kepada Kesatuan Renang Amatur Malaysia yang menunjukkan kepercayaan dan memberi peluang kepada beliau.

“Tidak ada tempat untuk perkara seperti itu dalam sukan,” katanya pada Khamis lalu, sambil mengucapkan terima kasih kepada pasukan renang kebangsaan kerana memberi kepercayaan dan menawarkan peluang berkenaan kepadanya.

Sebelum ini, Malaysia menetapkan pendirian untuk tidak menerima penyertaan atlet Israel dalam kejohanan sukan antarabangsa yang dianjurkan di negara ini.

Pendirian Malaysia juga telah menyebabkan hak penganjuran kejohanan yang akan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos itu dilucutkan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Ahad lalu.