Home / Bola Sepak / Khairy Mahu FAM Pilih Pasukan Lebih Baik

Khairy Mahu FAM Pilih Pasukan Lebih Baik

Seremban: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan saranannya supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengutamakan kedudukan ranking dengan memperbanyakkan perlawanan persahabatan kelas A bukan bermakna skuad negara dihalang menentang pasukan kelab.
 
Khairy Jamaluddin berbual dengan para pemain SAM FC ketika majlis berbuka puasa bersama Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur
Sebaliknya, Khairy mahu FAM memilih pasukan yang lebih baik untuk perlawanan persahabatan kerana ia boleh membantu meningkatkan prestasi pasukan. 

‘Kita mahu FAM memberi keutamaan kepada perlawanan persahabatan menentang pasukan negara lain sebab ia menjadi penanda aras sebenar kekuatan pasukan kebangsaan selain boleh membantu dari segi kedudukan ranking dunia’,  katanya selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, malam kelmarin.
Sebelum ini, Khairy menyelar sikap pegawai dan ketua jurulatih bola sepak kebangsaan yang berterusan menganggap kedudukan pasukan negara dalam ranking dunia tidak penting sedangkan ia adalah penanda aras terhadap kekuatan dan reputasi pasukan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*