Home / Lain - Lain / KHAIRULNIZAM MOHD AFENDY TEKAD MEMPERBAIKI PENCAPAIAN DI OLIMPIK TOKYO 2020

KHAIRULNIZAM MOHD AFENDY TEKAD MEMPERBAIKI PENCAPAIAN DI OLIMPIK TOKYO 2020

Menjelang temasya Olimpik Tokyo 2020 yang bakal bermula Julai nanti pelayar kebangsaan Khairulnizam Mohd Afendy bertekad mahu membaiki pencapaiannya buat kali ketiga di temasya itu nanti.

Yang menjadi kebimbangannya ialah faktor cuaca panas terik di perairan Jepun bakal menjadi halangan besar buatnya untuk berada dalam kalangan kelompok 20 terbaik.

Khairulnizam yang berumur 26 tahun merupakan pelayar kebangsaan pertama yang layak beraksi di temasya Olimpik bersama tiga lagi atlet sukan pelayaran.

Beliau akan bersaingan dalam acara Laser Standard dan pencapaiannya yang terbaik di Olimpik adalah ketika menamatkan saingan di kedudukan ke-35 daripada 45 peserta di Olimpik Rio 2016.

Untuk persediaan ke Olimpik Tokyo, Khairul Nizam dibimbing sendiri oleh ayahnya Mohd Afendy Abdullah selaku jurulatih.

Sebagai pemanas badan sebelum ke Olimpik Tokyo, Khairulnizam akan menyertai kejohanan dunia di Melbourne Australia pada pertengahan Februari nanti.

Namun sebelum itu dia terlebih dahulu akan beraksi pada perahu layak Regatta Perdana Langkawi minggu depan dan seterusnya kejohanan Asia di Abu Dhabi pada Mac serta jelajah eropah pada bulan April nanti.

Untuk rekod olahragawan UiTM 2018 ini turut layak ke Jepun selepas meraih pingat perak di Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang.