Home / Lain - Lain / KHAIRUL ANUAR KUASAI KEJOHANAN SIMULASI MEMANAH

KHAIRUL ANUAR KUASAI KEJOHANAN SIMULASI MEMANAH

Atlet memanah utama negara Khairul Anuar Mohammad menepati ramalan apabila bergelar juara pada kejohanan simulasi memanah yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.

Khairul Anuar berdepan Haziq Kamarudin di pusingan akhir beliau nyata tidak gentar dengan cabaran rakan sepelatihnya itu apabila menang dengan keputusan 6-0.

Pada perlawanan akhir Recurve lelaki seperti dijangka pertemuan Khairul Anuar menentang Haziq berlangsung sengit sejak dari awal.

Khairul Anuar menang dengan mata 28-27 pada set pertama dan penguasaan kekal dengan set berikutnya juga dengan keputusan 28-27.

Set ketiga paling sengit apabila Haziq terus menekan Khairul Anuar sehingga panahan terakhir dan kemenangan akhirnya memihak Khairul Anuar selepas 10 mata yang diraih menyaksikan dia menguasai set ketiga dengan keputusan 29-28 untuk mengumpul 6 mata keseluruhan.

Dalam saingan Recurve wanita akhir Nurul Azrina Mohd Fadzil gah mengatasi Nur Ain Ayuni Fauzi menerusi kemenangan 7-1.

Nurul Azrina diikat Ayuni dengan keputusan 26-26 pada set kedua menyebabkan beliau tidak lagi memberi ruang pada set berikutnya.

Kemenangan 27-23 pada set ketiga Nurul Azrina melengkapkan aksi dengan kemenangan 28-25 pada set keempat untuk bergelar juara.

Bagi jurulatih kebangsaan Lee Jae-Hyung kejohanan simulasi sebegini cukup baik buat atlet kebangsaan ketika belum ada kejohanan di peringkat kebangsaan dapat dilaksanakan.

Dalam saingan atlet para kemenangan memihak Suresh Selvathamby yang berjaya menundukkan Hasihin Sanawi juga dengan keputusan 7-1.

Turut seri 24-24 di set kedua penguasaan Suresh pada set ketiga dan keempat agak sukar untuk dicabar Hasihin.

Hasihin tunduk 25-22 pada set ketiga menyaksikan kemenangan 28-27 memihak Suresh bagi melengkapkan keputusan 7-1.