Home / Uncategorized / Kerajaan Negeri Selangor sasar penganjuran SUKMA 2022 dan Sukan Komanwel 2026

Kerajaan Negeri Selangor sasar penganjuran SUKMA 2022 dan Sukan Komanwel 2026

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Menteri Besar Amirudin Shari meluahkan hasrat untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 dan Sukan Komanwel 2026 pada Majlis Persidangan Kemuncak Sukan Antarabangsa Selangor 2019.

Amiruddin optimis Selangor mampu menjadi penganjur terbaik selepas 21 tahun nanti berdasarkan perkembangan ekonomi dengan kemudahan yang sedia ada.

Beliau yang menghadiri Majlis Persidangan Kemuncak Sukan Antarabangsa Selangor 2019 turun menyampaikan anugerah kepada atlet terbaik dan pasukan terbaik Asia.

Atlet lelaki terbaik dimenangi oleh penyerang Totenham Hotspurs Son Heung-Min dari Korea Selatan.Bagi kategori wanita diungguli oleh atlet tinju dari India MC Mary Kom.

Pasukan bola sepak Jepun terpilih selaku pemenang pasukan terbaik wanita manakala pasukan terbaik lelaki dimenangi pasukan bola sepak Qatar.