Home / Bola Sepak / KERAJAAN NEGERI CARI PENYELESAIAN KEMELUT KEWANGAN KFA

KERAJAAN NEGERI CARI PENYELESAIAN KEMELUT KEWANGAN KFA

Kemelut kewangan yang melanda Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kini mungkin menemui jalan penyelesaian selepas persatuan tersebut mengadakan pertemuan dengan tiga syarikat besar bagi mendapatkan tajaan.

KFA berharap agar mereka boleh memperolehi maklumbalas positif daripada syarikat terbabit meskipun tiada kata putus yang diterima buat masa kini.

Sejumlah RM10.6 juta merupakan bebanan yang sedang ditanggung KFA berikutan peninggalan hutang lama serta tunggakan gaji sejak tahun lepas.

Ianya merupakan antara faktor presiden KFA Muhammad Sanusi Md Nor cuba mendapatkan penaja meskipun memahami situasi ekonomi yang suram kerana penularan pandemik Covid-19 mungkin akan mempengaruhi keputusan pihak syarikat terbabit daripada segi jumlah peruntukan untuk menaja KFA.

Muhammad Sanusi Md Nor yang juga menteri besar Kedah memberi jaminan tiada wang kerajaan negeri akan digunakan kerana KFA sedang berusaha keras untuk mencari penaja bagi mengatasi desakan kewangan yang melanda.

Meskipun jumlah penajaan mungkin kurang berbanding sebelum ini KFA tetap bersyukur dengan bantuan yang diberikan untuk terus memajukan arena bola sepak negeri tersebut.

Dalam masa yang sama beliau turut berharap pemain tidak meminta gaji yang terlalu tinggi bersesuaian dengan kemampuan KFA.