Home / Lain - Lain / KERAJAAN MEMBERI KEBENARAN PEMBUKAAN SEMULA SEKTOR PERNIAGAAN BERKAITAN SUKAN

KERAJAAN MEMBERI KEBENARAN PEMBUKAAN SEMULA SEKTOR PERNIAGAAN BERKAITAN SUKAN

Kerajaan bersetuju untuk membenarkan pembukaan semula sektor perniagaan berkaitan sukan termasuk gimnasium, dewan tertutup dan pusat snuker yang boleh beroperasi bermula 15 Jun ini.

Perkara ini telah diumumkan di sesi sidang media harian mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismai Sabri Yaakub memaklumkan pengusaha bagaimanapun perlu mengisi borang pemakluman terlebih dahulu di laman web Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Mesyuarat juga bersetuju untuk memberi kebenaran kepada orang awan untuk melakukan aktiviti sukan dan rekreasi yang tiada sentuhan badan di dalam atau luar dewan bermula 15 Jun 2020.

Kebenaran ini perlu mematuhi perjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 hingga 3 meter untuk aktiviti statik seperti angkat berat, berlari atas treadmil dan 3 hingga 5 meter untuk aktiviti dinamik seperti latihan bola sepak seperti hoki dan ragbi.

Bagi sukan berpasukan seperti hoki dan bola sepak, ragbi, bola jaring dan sukan tempur seperti karate, taekwando dan silat keputusan mesyuarat masih kekal tidak boleh dimainkan secara permainan.

Secara asasnya terdapat 4 perkara dalam senarai larangan sektor sukan fasa 2 ini iaitu tiada penganjuran sebarang kejohanan dan pertandingan, tiada aktiviti sukan dan rekreasi yang bersentuhan badan, tiada permainan atau perlawanan bagi sukan berpasukan dan sukan tempur/kombat dan tiada aktiviti dalam kolam renang.