SHAH ALAM 23 April 2014. Selangor mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas pasukan Maziya S.R dari Maldives dalam perlawanan terkahir peringkat kumpulan Piala AFC 2014, namun kemenangan tersebut tidak membawa apa-apa makna apabila pasukan Selangor gagal untuk melayakkan diri ke pusingan kedua kejohanan.
Pemain Selangor, Pauolo Rangel, menjaringkan hatrik untuk pasukan Selangor dalam perlawanan yang lebih dianggap sebagai pemanas badan untuk anak-anak buah Mehmet Durakovic bagi meneruskan perjuangan merangkul Piala Liga Super 2014.