Home / Bola Sepak / Kemenangan Moral Harimau Muda – Kelayakan AFC B23

Kemenangan Moral Harimau Muda – Kelayakan AFC B23

MacMas1

SHAH ALAM, 29 Mac 2015 : Skuad B22 Malaysia kendalian Razip Ismail meraih 3 mata pertama pada perlawanan kedua Kumpulan I menentang Macau dengan jaringan 2-0. Walaupon permainan dikuasai oleh Harimau Muda namun ketumpulan jentera serangan jelas terserlah.

Terlebih dahulu Razip Ismail merehatkan lapan pemain daripada kesebelasan utama untuk perlawanan kali ini. Harimau Muda memperoleh gol pertama seawal minit ke-11 menerusi sepakan penalti Syahrul Azwari Ibrahim selepas pemain sayap itu sendiri dijatuhkan pertahanan lawan. Pertahanan Harimau Muda juga dilihat kerap kali membiarkan  pemain-pemain Macau membuat percubaan ke arah gol Malaysia.

MacMas4

Malaysia mengesahkan tiga mata penuh apabila berjaya menambah gol kedua pada minit ke-66 menerusi tandukan pemain pertahanan, Wan Amirzafran Wan Nadris selepas menyambut baik sepakan sudut Syahrul Azwari.

MacMas3

Gambar Oleh : Aqil Shatir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*