Home / Golf / Kemarol Terus Kuasai Damai Laut

Kemarol Terus Kuasai Damai Laut

140214_PSGC_Kemarol Baharin 07

Lumut 14 Februari 2014: Permainan konsisten dan pengalaman ternyata membantu pemain golf negara, Kemarol Baharin untuk terus mendahului  hari ketiga Kejohanan Golf  Tertutup PGM Swiss Garden di Kelab Golf Damai Laut, Lumut, Perak.

Kemarol yang mencatatkan permainan Par pada hari ketiga kejohanan berjaya mencatatkan 3 birdie pada sembilan lubang pertama, namun bogey di lubang ke 15, 17 dan 18 mengagalkan usaha beliau untuk menjarakkan kedudukan dan terpaksa berpuas hati dengan mengumpul 211 pukulan keseluruhan, 5 di bawah par, mendahului satu pukulan di belakang Iain Steel yang berjaya melakukan 66pukulan pada hari ketiga untuk mengumpul 212 pukulan keseluruhan, 4 di bawah par untuk berkongsi ditempat kedua bersama Hans Jamil.

140214_PSGC_Airil Rizman 01

Hari ketiga Kejohanan Golf  Tertutup PGM Swiss Garden juga menyaksikan seorang lagi pemain golf negara, Airil Rizman Zahari berjaya melakukan pukulan hole-in-one di lubang ke 13. Airil yang bermain cemerlang pada hari ketiga berjaya melakukan 66pukulan, 6 di bawah par,  namun catatan buruk pada hari pertama dan kedua kejohanan menyaksikan catatan keseluruhan Airil sekadar, 225 pukulan, 9 di atas par untuk berada di tempat ke 14.

Kejohanan Golf  Tertutup PGM Swiss Garden merupakan kejohanan kedua dalam kalendar PGM Tour 2014 dan merupakan kejohanan yang dikhususkan untuk pemain-pemain professional dari Malaysia sahaja.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*