Home / Hoki / Kelebihan buat Malaysia di Kejohanan Hoki Siri Final Dunia

Kelebihan buat Malaysia di Kejohanan Hoki Siri Final Dunia

Malaysia bakal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk muncul juara Kejohanan Hoki Siri Final Dunia yang bermula 26 April ini.

Pengendalinya Roelant Oltmans berkata ia bagi membolehkan skuad negara mara pada aksi kelayakan Olimpik Tokyo November depan.

Jurulatih skuad Malaysia, Roelant Oltmans. Gambar oleh Jeffrizal Abu / SM International

Tambahnya ini merupakan peluang terbaik Malaysia memandang hanya Canada dan China bakal menjadi ancaman mereka pada kejohanan itu.

Untuk rekod dua pasukan teratas kejohanan berkenaan akan mara ke kelayakan Olimpik Tokyo November nanti.

Sementara itu kapten skuad hoki negara Shukri Mutalib dan penjaga gol S.Kumar akan menjalani pemeriksaan kesihatan kecederaan susulan bagi memastikan sama ada mereka mampu beraksi pada kejohanan tersebut atau sebaliknya.