
Datuk Ong Kim Swee sewaktu latihan skuad kebangsaan di Kelana Jaya. ©KamarulAkhir/Asiana.my
Oleh : HISYAM RAHMAN / hisyam@sukanmalaysia.my
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 akan berlangsung di Stadium King Abdullah di Jeddah malam ini. Seperti yang umum sedia maklum, Jurulatih pasukan negara Datuk Ong Kim Swee sudah pun mengambarkan barisan ‘pemain pilihannya’ untuk perlawanan malam nanti. Sebagai seorang jurulatih beliau berhak menentukan kesebelasan utama, namun sering sahaja pemilihan pemain nya menimbulkan persoalan.
Sukan Malaysia membuat analisa ke atas senarai pemain pilihan ini dan memberi fakta bukan auta, mengapa barisan pilihan Sukan Malaysia perlu diberi peluang.
BAHAGIAN PENJAGA GOL:
Tidak dapat dipertikaikan dalam pemilihan penjaga gol, penjaga gawang yang berpengalaman seperti Khairul Fahmi Che Mat sentiasa mendapat tempat di hati Datuk Ong Kim Swee dari pada perlawanan pertama beliau mengambil alih dari coach Dollah Salleh lagi. Malahan Khairul Fahmi Che Mat sentiasa menjaga gawang pasukan negara malahan ketika tewas pada UAE 0-10 juga penjaga gawang kita adalah Khairul Fahmi Che Mat!
Mari kita perhatikan senarai Penjaga Gol mengikut perlawanan dalam pusingan kelayakan ini dan jumlah yang dibolosi :
Perlawanan Malaysia |
vs Timor Leste |
vs Palestin |
Vs UAE |
Vs Arab Saudi |
Vs Timor Leste |
Vs Palestin |
Vs UAE |
Penjaga Gol |
Khairul Fahmi |
Farizal Marlias |
Khairul Fahmi |
Khairul Fahmi |
Khairul Fahmi |
Khairul Fahmi |
Izham Tarmizi |
Bolos |
1 |
6 |
4 |
2 |
0 |
6 |
2 |
Penjaga Gol Gantian |
Zamir Selamat |
||||||
Bolos |
3 |
||||||
Penjaga Gol Gantian |
Khairul Azhan |
||||||
Bolos |
3 |
*Sumber www.fifa.com
Jika kita letakkan jumlah itu mengikut turutan ianya adalah seperti berikut :
Penjaga Gol |
Jumlah Di bolosi dalam 5 perlawanan pusingan kelayakan Malaysia |
Khairul Fahmi |
13 |
Farizal Marlias |
6 |
Zamir Selamat |
3 |
Khairul Azhan |
3 |
Izham Tarmizi |
2 |
Mari kita lihat pula prestasi 3 penjaga gol yang dipilih oleh Datuk Ong Kim Swee dalam liga kita :
Nama |
Negeri |
Umur |
Minit Bermain di Liga Malaysia |
Posisi |
GOL Bolos |
Khairul Fahmi Che Mat |
Kelantan |
27 |
730 |
Penjaga Gol |
6 |
Mohd Farhan Abu Bakar |
Kedah |
23 |
720 |
Penjaga Gol |
6 |
Izham Tarmizi Roslan |
JDT |
25 |
360 |
Penjaga Gol |
1 |
Kalau mengikut prestasi semasa hanya Izham Tarmizi yang paling sesuai menjaga gawang Malaysia pada malam ini. Namun mungkin pada Datuk Ong Kim Swee, Khairul Fahmi lebih sesuai untuk menjaga gawang dengan berdasarkan pengalaman beliau. Lagipun Khairul Fahmi masih berumur 27 tahun, ia amat berguna untuk menimba pengalaman kerana beliau mungkin mampu beraksi untuk Malaysia dalam 3-4 tahun mendatang. Lagipun siapa lagi yang kita ada selain Khairul Fahmi Che Mat. Peluang untuk Farhan untuk beraksi pula hanyalah 30-70.
PILIHAN KESEBELASAN UTAMA SUKAN MALAYSIA : Izham Tarmizi
BAHAGIAN PERTAHANAN :
Mari kita lihat untuk bahagian pertahanan pula. Di sini Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan pemain :
Nama |
Negeri |
Umur |
Minit Bermain di Liga Malaysia |
Posisi |
GOL Bolos |
Gol Jaring |
Matthew Davies |
Pahang |
21 |
660 |
Pertahanan |
15 |
0 |
Muhammad Shahrom Abdul Kalam |
Selangor |
31 |
530 |
Pertahanan |
12 |
0 |
Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham |
Selangor |
25 |
810 |
Pertahanan |
13 |
1 |
Shahrul Mohd Saad |
Perak |
23 |
750 |
Pertahanan |
3 |
1 |
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak |
JDT |
29 |
826 |
Pertahanan |
4 |
0 |
Mohd Fadhli Shas |
JDT |
25 |
180 |
Pertahanan |
2 |
0 |
Muhammad Fazly Mazlan |
JDT |
23 |
630 |
Pertahanan |
4 |
0 |
Jelas sekali Datuk Ong Kim Swee mementingkan kepantasan apabila memilih Azrif dan Fazly. Namun Fadhly Shas dengan minit bermain yang kurang tetapi masih menjadi pilihan untuk mewakili Malaysia harus menjadi tanda tanya? Apakah kerana Fadhli lahir dari skuad kendaliannya sebelum ini menjadi kriteria Datuk Ong Kim Swee memilih Fadhly dalam skuad kali ini?
Aidil sering menjadi pilihan dalam skuad Malaysia tetapi jika dilihat dari faktor umur mungkin kita patut memikirkan alternatif lain untuk pertahanan tengah memandangkan perlawanan ini tidak memberi makna lagi dalam pertandingan ini. Begitu juga pada Shahrom Kalam, dengan umur beliau tiada apa yang boleh diharapkan dari beliau untuk skuad negara kita pada masa depan.
Matthew Davies mempunyai prestasi statistik yang agak buruk, namun melihat kepada skuad muda Pahang yang diwakilinya kita tidak boleh mengambil statistik itu 100% untuk pemilihannya. Kekentalan Matthew di bahagian pertahanan tidak boleh dinafikan dan tidak hairanlah kenapa Datuk Ong Kim Swee memilih beliau pada perlawanan kali ini.
Shahrol Saad? Sudah pasti pilihan tepat! Dengan umur, prestasi semasa dan jumlah gol yang dibolosi oleh pasukannya dalam perlawanan liga tiada apa yang kita boleh pertikaikan.
PILIHAN KESEBELASAN UTAMA SUKAN MALAYSIA : Shahrol Saad, Matthew Davies, Azrif, Fazly
BAHAGIAN TENGAH :
Nama |
Negeri |
Umur |
Minit Bermain di Liga Malaysia |
Posisi |
Gol Jaring |
Wan Zack Haikal Wan Nor |
Kelantan |
25 |
549 |
Tengah |
|
Brendan Gan |
Kelantan |
28 |
423 |
Tengah |
|
Joseph Kalang Tie |
Terengganu |
29 |
373 |
Tengah |
|
Mohd Hafiz Kamal |
Selangor |
29 |
582 |
Tengah |
2 |
Muhammad Nazmi Faiz Mansor |
Selangor |
22 |
636 |
Tengah |
|
Baddrol Bakhtiar |
Kedah |
28 |
696 |
Tengah |
|
S. Chanturu |
JDT |
29 |
378 |
Tengah |
4 |
Safiq Rahim |
JDT |
29 |
652 |
Tengah |
7 |
S. Kunanlan |
JDT |
30 |
970 |
Tengah |

Hafiz Kamal sewaktu sessi latihan di Kelana Jaya baru-baru ini. ©KamarulAkhir/Asiana.my
Untuk pemain tengah, umur purata yang dipilih oleh Datuk Ong adalah 27 tahun. Dengan 7 pemain berumur atas dari 27 tahun, tiada apa yang kita harapkan dari barisan tengah kita untuk 3 tahun mendatang. Prestasi Hafiz Kamal dan Safiq Rahim agak memberangsangkan namun kebangkitan mereka agak lewat, begitu juga S. Chanturu. Sinar harapan kita hanyalah dari Nazmi dan Wan Zack yang di harapkan sebagai asset kita di bahagian tengah pada masa depan.
PILIHAN KESEBELASAN UTAMA SUKAN MALAYSIA : Nazmi, Safiq, Hafiz Kamal, S. Kunanlan, S. Chanturu
BAHAGIAN PENYERANG :
Nama |
Negeri |
Umur |
Minit Bermain di Liga Malaysia |
Posisi |
Gol Jaring |
Yong Kuong Yong |
Terengganu |
28 |
485 |
Penyerang |
|
Norshahrul Idlan Talaha |
Terengganu |
30 |
345 |
Penyerang |
|
Muhammad Amirul Hisyam Awang Kechik |
Kedah |
21 |
580 |
Penyerang |
1 |
Mohd Amri Yahyah |
JDT |
35 |
237 |
Penyerang |
2 |
Dengan kemasukan pemain import kita memang tidak melahirkan ramai penyerang berkaliber. Ini terbukti apabila Amri Yahyah dan Norshahrul Idlan Talha masih disenaraikan dalam skuad kali ini. Hanya Amirul Hisyam yang berumur bawah 27 tahun dan harapan Sukan Malaysia beliau mampu memberi harapan pada semua peminat bolasepak negara!
PILIHAN KESEBELASAN UTAMA SUKAN MALAYSIA : Amri Yahyah
FORMASI PILIHAN SUKAN MALAYSIA : 4-5-1
Sukan Malaysia memilih formasi 4-5-1 untuk perlawanan kali ini. 5 pemain tengah lebih sesuai apabila adanya Hafiz Kamal, Safiq Rahim dan Nazmi Faiz. Mereka ini mampu bertahan dan membuat hantaran tepat ke pemain penyerang. Setelah melihat pemilihan ini kita harapkan Datuk Ong Kim Swee menguatkan bahagian tengah dengan mengimbangi kekuatan pasukan Arab dan mengacau corak hantaran pendek mereka. S. Chanturu dan S. Kunanlan pula di harap dapat membuat larian mengelirukan dari kiri dan kanan untuk meloloskan diri ke kawasan pihak lawan. Sememangnya penyerang yang bijak seperti Amri Yahyah diharapkan untuk mengawal bola dan mencari ruang kosong agar trio tengah kita Nazmi, Hafiz dan Safiq dapat membuat ‘Killer Pass’ bagi menghukum keegoan Pasukan Arab Saudi.

Skuad kebangsaan sewaktu sessi latihan di Kelana Jaya baru-baru ini. ©KamarulAkhir/Asiana.my
Sebagai rumusan analisa ini, dan di atas pemilihan yang telah pun dibuat, setiap pemain perlu berbangga kerana di pilih menyarung jersi Harimau Malaysia. Pemain perlu meningkatkan keyakinan diri dan perlawanan ini perlu diharungi oleh semua yang dipilih oleh ketua jurulatih Malaysia. Semangat Harimau Malaysia perlu dibawa oleh setiap pemain dan mereka perlu pergi sebagai seorang wira dengan membawa nama Malaysia.
Kalah itu sesuatu yang pasti jika kita tidak mahu berusaha, tetapi dengan semangat melawan, usaha tanpa mengenal erti kalah, tanpa mengira siapa pun lawan kita pasti kita akan memberikan sesuatu dalam perlawanan itu nanti. Setiap pasukan ada kelemahannya, ada ego yang boleh kita robek hingga hilang semangat melawan dalam pasukan lawan. Ini yang perlu Harimau Malaysia cari, serang lawan kita seperti harimau lapar, percayalah! Tiada apa yang mustahil dalam bolasepak