Home / Golf / Kelab Golf Seri Selangor raikan anak-anak yatim.

Kelab Golf Seri Selangor raikan anak-anak yatim.

Ketua Pegawai Eksekutif, MOY Publication En. Huzairy dan Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn Bhd, Pn Shuhainie Samsudin bersama-sama dengan anak-anak yatim memotong kek dalam majlis berbuka puasa. Gambar sumber KGSS

Ketua Pegawai Eksekutif, MOY Publication En. Huzairy dan Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn Bhd, Pn Shuhainie Samsudin bersama-sama dengan anak-anak yatim memotong kek dalam majlis berbuka puasa. Gambar sumber KGSS

Kuala Lumpur, 28 Jun 2015 : Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak kali ini, pengurusan Kelab Golf Seri Selangor dengan kerjasama Fakulti Hospitaliti Kolej SEGI meraikan anak-anak yatim yang dibawa khas dari Rumah Anak Yatim Al-Mahabbah, Klang, Selangor dalam satu majlis berbuka puasa di Kelab Golf Seri Selangor pada hari Khamis yang lalu.

Program yang bermula seawal jam 5 petang dimulakan dengan persembahan oleh kartunis-kartunis dari MOY Publication yang popular dengan majalah Ujang dan Apo. Pelbagai karikutur dilukis sebagai hadiah kepada anak-anak yatim ini yang ternyata gembira dan teruja dengan lukisan yang dipersembahkan.

Pengurus Besar Kelab Golf Seri Selangor, En. Hairul Hisham Zaini ketika ditemui memaklumkan bahawa program majlis berbuka puasa ini adalah inisiatif pengurusan Kelab Golf Seri Selangor dan merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi.

‘Kita cuba membantu golongan seperti ini dan amat berharap dengan majlis seperti ini ianya sedikit sebanyak dapat menghiburkan dan membantu mereka dalam menjalani ibadah puasa dan menyambut hari raya.’ – ujar En. Hairul.

Anak-anak yatim teruja dengan persembahan lukisan karikatur oleh kartunis-kartunis dari MOY Publication.

Anak-anak yatim teruja dengan persembahan lukisan karikatur oleh kartunis-kartunis dari MOY Publication. Gambar sumber KGSS

Di majlis yang sama Pengurusan Kelab Golf Seri Selangor menyumbang sebanyak RM3,000.00 kepada Rumah Anak Yatim Al-Mahabbah dan sumbangan ‘duit raya’ kepada semua anak-anak yatim yang hadir yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn Bhd, Pn Shuhainie Samsudin.

Apa yang lebih menarik, kakitangan Kelab Golf Seri Selangor tidak melepaskan peluang untuk turut sama beramal apabila mereka turut melakukan kutipan sesama mereka untuk menyumbang kepada anak-anak yatim ini sebagai sumbangan ‘duit raya’ selain dari sumbangan khas dari Bank Simpanan Nasional (BSN).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*