Home / Lain - Lain / Kelab Golf Seri Selangor raikan anak-anak yatim

Kelab Golf Seri Selangor raikan anak-anak yatim

unnamed-1

En Hairul Zaini, Pengurus Besar Kelab Golf Seri Selangor bersama-sama YB Teresa Kok, Pengerusi Shah Alam Convention Center (SACC) menyampaikan sumbangan duit raya kepada penghuni Rumah Rumah Amal Kasih Bistari. Gambar oleh Azhari Yusop © SukanMalaysiaDotMY

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2016 : Kelab Golf Seri Selangor melaksanakan satu lagi program komuniti apabila meraikan hampir 60 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Kasih Bistari, Subang dan pelajar-pelajar Pusat Tahfiz Darul Mokhtar, Gombak dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan dalam suasana penuh meriah di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara, Selangor baru-baru ini.

Program yang bermula seawal jam 6.00 petang itu diserikan dengan kehadiran YB Teresa Kok, Pengerusi Shah Alam Convention Centre (SACC). Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ayat-ayat Alquran sebelum diteruskan dengan penyerahan sumbangan dan duit raya kepada penghuni Rumah Amal Kasih Bistari dan pelajar-pelajar Pusat Tahfiz Darul Mokhtar.

Sumbangan disampaikan oleh YB Teresa Kok, Pengerusi Shah Alam Convention Centre (SACC), Encik Ahmad Sabki bin Yusof, Penasihat Undang-undang Permodalan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Puan Hajjah Siti Zubaidah dari Permodalan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Encik Hairul Zaini, Pengurus Besar Kelab Golf Seri Selangor.

Ketika ditemui selepas majlis, Encik Hairul Zaini mezahirkan rasa syukur kerana dapat mengadakan majlis berbuka puasa kali ini di Kelab Golf Seri Selangor.

“Selain dapat menyumbang dan memberi bantuan, saya amat terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh seluruh warga kerja Kelab Golf Seri Selangor untuk sama-sama berusaha menjayakan majlis ini, mengumpulkan dana dan membuat sumbangan kepada anak-anak yatim. Ini sudah pasti akan menjadi sebahagian dari acara tahunan kami dan sudah pasti kesempatan ini kami gunakan untuk berbakti semula kepada komuniti kami’- ujar Hairul Zaini.