Home / Bola Sepak / Kejutan Lions XII Muncul Juara Piala FA

Kejutan Lions XII Muncul Juara Piala FA

Bukit Jalil, 24 Mei 2015: Pasukan Lions XII muncul juara selepas menewaskan pasukan pilihan Kelantan 3-1.
FA Celeb

Lautan merah yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagaikan memberi petanda akan satu kemeriahan untuk pasukan Kelantan, namun sebaliknya penyokong ‘merah’ Singapura yang bergembira ketika wisel penamat dibunyikan.

Pasukan Kelantan dikejutkan dengan jaringan Lions XII seawal minit ke-7 melalui Faris Ramli hasil hantaran yang baik dari Mohd Izzdin Shafiq.
FA3

Jaringan awal itu bagaimanapun tidak mencacatkan corak permainan Kelantan yang melakukan serangan demi serangan namun dikecewakan oleh permainan cemerlang penjaga gol Lions, Mohd Izwan Mahbud.
Stadium Nasional Bukit Jalil bergema apabila Kelantan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Wan Zack Haikal pada minit ke 60.
FA2

Pasukan Kelantan kemudiannya memasukkan Norfarhan untuk mencari gol kemenangan untuk membawa pulang Piala FA ke Pantai Timur namun asakan berterusan gagal menembusi barisan pertahanan Lions XII yang diketuai oleh Madhu Mohana dan Zulfahmi Ariffin.
FA1

Namun pada minit ke 82, penyokong Kelantan tersentak apabila pemain gantian Lions XII, Mohd Sahil Suhaimi menewaskan Khairul Fahmi Che Mat. Impian Kelantan untuk bangkit terpadam apabila Mohd Amiridzwan Taj menjatuhkan Mohd Sahil dalam waktu kecederaan. Mohd Sahil kemudiannya menyempurnakan sepakan penalty bagi memastikan Piala FA akhirnya berjaya dibawa melintasi Tambak Johor buat pertama kali sejak mula diperkenalkan pada tahun 1990.
MOM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*