Home / Lain - Lain / KEJUARAAN SILAT ANTARABANGSA DAN KEJOHANAN SILAT SENI ASLI TERBUKA 2019 : PUSAT SUKAN TUMPUAN (PST) MALAYSIA MUNCUL JUARA KESELURUHAN

KEJUARAAN SILAT ANTARABANGSA DAN KEJOHANAN SILAT SENI ASLI TERBUKA 2019 : PUSAT SUKAN TUMPUAN (PST) MALAYSIA MUNCUL JUARA KESELURUHAN

Foto : Bahagian Sukan IPT

Pasukan silat negara muncul juara keseluruhan Kejuaraan Silat Antarabangsa dan Kejohanan Silat Seni Asli Terbuka edisi ke-10 yang melabuhkan tirainya semalam.

Tuan rumah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diwakili Pusat Sukan Tumpuan (PST) memperolehi 11 emas, 2 perak dan 2 gangsa meninggalkan 5 lagi pasukan dari Thailand, Singapura, Indonesia, Belanda dan Yaman.

Sebanyak 70 pasukan bersaingan dalam edisi kali ini membabitkan 10 pasukan bagi kategori IPT antarabangsa, 37 pasukan bagi kategori IPT tempatan dan 37 bagi kategori seni silat asli terbuka sekaligus menghimpunkan seramai 1200 pesilat tempatan dan antarabangsa.

Saingan bermula 25 November lalu menawarkan 49 pingat emas, 49 perak dan 75 gangsa ini turut disertai peserta dari Thailand, Singapura, Indonesia, Belanda dan Yaman.

Dalam kejohanan yang dianjurkan Kementerian Pendidikan dan UTHM ini pesilat negara Muhamad Amierul Ashraf Muhammad dan Nur Adilah Muhamad Zambri turut dinobatkan sebagai pesilat terbaik putera dan puteri antarabangsa.

Foto : Bahagian Sukan IPT

Wakil tuan rumah PST Malaysia muncul pemenang keseluruhan bagi kategori antarabangsa menerusi kutipan 11 kilauan emas.

Foto : Bahagian Sukan IPT

Penganjuran kejohanan ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan untuk menguji pesilat-pesilat IPT agar dapat diketengahkan sebagai skuad pelapis kebangsaan.

Upacara penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.