Home / Lain - Lain / KEJUARAAN BOLING ANTARABANGSA B22 2019: AHMAD AZRIQ IZAMUDDIN RAIH KEJUARAAN

KEJUARAAN BOLING ANTARABANGSA B22 2019: AHMAD AZRIQ IZAMUDDIN RAIH KEJUARAAN

Penantian selama 8 tahun amat bermakna buat pemain negara Ahmad Azriq Izamuddin selepas berjaya menjuarai edisi kali ini.

Atlet yang bermain untuk pasukan Kuala Lumpur itu berjaya menewaskan rakan senegara Mohd Shazirul Samsuddin dengan kemenangan 232 jatuhan pin pada aksi final step ledder di Sunway Megalanes Sunway Piramid.

Kemenangan itu menyaksikan Azriq membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM25,000 beserta trofi.

Manakala tempat kedua dimiliki Shazirul yang menerima wang tunai RM15,000 beserta trofi dan tempat ketiga sebanyak RM8,000 menjadi milik Matthew Ong.

Sementara itu bagi kategori wanita menjadi milik peserta Korea Yu Da Yong yang melakukan 255 jatuhan pin.

Tempat kedua turut menjadi milik Korea menerusi Chouy Hyun Ji dan tempat ketiga milik Malaysia Nursyazwani Sahar.