Home / Badminton / KEJUARAAN BADMINTON PERODUA MALAYSIA MASTERS 2020 BAKAL MENGUMPULKAN PEMAIN-PEMAIN TERNAMA DUNIA

KEJUARAAN BADMINTON PERODUA MALAYSIA MASTERS 2020 BAKAL MENGUMPULKAN PEMAIN-PEMAIN TERNAMA DUNIA

Kejuaraan Badminton Perodua Malaysia Masters 2020 yang dijadualkan berlangsung 7 hingga 12 Januari depan di Axiata Arena Bukit Jalil

Kejuaraan ini menjanjikan saingan cukup mendebarkan apabila empat juara bertahan mengesahkan penyertaan termasuk perseorangan lelaki nombor 1 dunia Kento Momota dari Jepun.

Selain Momota yang turun selaku pilihan utama, empat juara bertahan turun mengesahkan penyertaan iaitu beregu lelaki Marcus Fenaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia, perseorang wanita dari Thailand Ratchanok Intanon, serta dua beregu wanita dan campuran dari Jepun Sayaka Hirota-Yuki Fukushima dan Yuta Watanabe-Arisa Higashino.

Sementara itu juara edisi 2018 Viktor Axelsen dari Denmark bakal menjadi pencabar utama Momota yang mengintai kejuaraan keduanya nanti.

Kejuaraan Masters Malaysia 2020 merupakan siri jelajah utama Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkelas Super 500 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan USD100,000.00.