Home / Lain - Lain / KEJOHANAN TERJUN ANTARABANGSA ATAS TALIAN : MALAYSIA RAIH DUA EMAS PADA HARI PERTAMA

KEJOHANAN TERJUN ANTARABANGSA ATAS TALIAN : MALAYSIA RAIH DUA EMAS PADA HARI PERTAMA

Malaysia berjaya mengungguli dua daripada empat acara akhir yang dipertandingkan pada hari pertama Kejohanan Terjun Antarabangsa Atas Talian yang julung kaki diadakan.

Sandaran penerjun lelaki Oii Tze Liang serta gandingan wanita Wendy Ng dan Nur Dhabitah Sabri menampilkan terjunan membanggakan dengan menghadiahkan emas dalam acara 3m papan anjal.

Kejohanan sulung atas talian kelolaan Majlis Sukan Negara (MSN) ini disertai lima negara iaitu Australia, New Zealand, Jepun, dan Singapura selain Malaysia selaku tuan rumah.

Empat acara akhir dipertandingkan pada hari pertama membabitkan 3m papan anjal individu dan berpasangan seirama, serta 10m platform individu.

Acara dijalankan secara unik dengan semua peserta terjun di pusat akuatik negara masing-masing. Mereka kemudiannya diadili secara maya oleh juri bertauliah yang dilantik penganjur Persekutuan Renang Malaysia (MS) dan Persekutuan Renang Dunia (FINA).

Penerjun Malaysia mempamerkan prestasi terbaik sekalipun lama berehat berikutan pandemik Covid-19 dengan cemerlang mengungguli pingat emas dan perak dalam acara 3m papan anjal lelaki menerusi Oii Tze Liang yang mengumpul 408.05 mata.

Ini diikuti oleh Chew Euu Wei ditempat kedua dengan catatan 365.60 mata sementara peserta Jepun Rio Sakata di tempat ketiga.

Emas kedua Malaysia menyusul dalam acara 3m papan anjal seirama wanita menerusi gandingan Wendy Ng dan Nur Dhabitah Sabri dengan mengumpul 298.98 mata keseluruhan meninggalkan jauh peserta tempat kedua dari Australia Zaratulin Philiphan dan Milly Parkerich yang hanya mengutip 139.43 mata.

Sementara itu juara dunia Cheong Jun Hoong gagal mara ke peringkat akhir acara 10m platform wanita invididu selepas menamatkan aksi awal di tempat keempat.

Hari terakhir bakal menyaksikan empat lagi acara bakal dipertandingkan dengan kelibat Pandelala Rinong pasti dinanti-nantikan.

Pandelela akan bergandingan bersama Leong Mun Yee dalam acara 10m platform berirama wanita.