Home / Lain - Lain / Kejohanan Tenpin Bowling Majlis Sukan Negeri Selangor Bersama Media 2019

Kejohanan Tenpin Bowling Majlis Sukan Negeri Selangor Bersama Media 2019

SHAH ALAM (17 Oktober 2019) : Majlis Sukan Negeri Selangor melalui Seksyen Komunikasi Korporat telah menganjurkan Kejohanan Tenpin Bowling MAjlis Sukan Negeri Selangor Bersama Media di Alam Lanes, AEON Mall Shah Alam.

Penganjuran Kejohanan ini mendapat kerjasama Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor bertujuan mengukuhkan interaksi serta jalinan kerjasam di antaraMajlis Sukan Negeri Selangor dan para pengamal media tempatan melalui gaya hidup sihat dan riadah.

Kejohanan sukan bersama media seperti ini akan dianjurkan secara tahunan dengan harapan menjadi salah satu “Brand” pihak Majlis Sukan Negeri Selangor yang akan dinantikan oleh para pengamal Media pada tahun-tahun akan datang.

Kejohanan edisi kali ini menyaksikan Pasukan Media SukanMalaysia.my muncul juara dengan 1613 jatuhan pin. Naib juara milik pasukan Harian Metro (1553 jatuhan pin) dan Pasukan Kosmo! di tempat Ketiga (1,473 jatuhan pin).

Gambar : FB Majlis Sukan Negeri Selangor

Tuan Adi Faizal Bin Ahmad Tarmizi, Pengarah Eksekutif MSNS menyampaikan ucapan aluan sebelum kejohanan bermula
Tidak kurang hebat Tuan Adi Faizal Bin Ahmad Tarmizi beraksi membuat balingan
Antara pemenang cabutan bertuah yang memenangi smartphone Samsung AJ10
Antara pemenang cabutan bertuah yang memenangi smartphone Samsung AJ10