Home / Lain - Lain / KEJOHANAN REGATTA DIRAJA LANGKAWI (RLIR 2020) : RANGKUMAN HARI PERTAMA

KEJOHANAN REGATTA DIRAJA LANGKAWI (RLIR 2020) : RANGKUMAN HARI PERTAMA

Kejohanan Regatta Diraja Langkawi (RLIR 2020) saingan ke 18 bermula di sekitar perairan Kuah menyaksikan 3 kategori perlumbaan berlangsung.

Pada saingan kali ini sebanyak 29 pasukan mengambil bahagian dari 10 buah buah negara diantaranya Amerika Syarikat, Thailand, Australia dan tuan rumah Malaysia.

Sebanyak 7 kelas perlumbaan dipertandingkan bagi merebut 6 trofi anugerah yang ditawarkan pada edisi kali ini.

Kejohanan Regatta Diraja Langkawi ini merupakan acara pembuka tirai bagi Tahun Melawat Malaysia 2020.

Aksi hari pertama menyaksikan tumpuan lebih terarah kepada acara Racing dengan 5 pasukan kesemuanya berentap termasuk wakil negara Zuhal.

Pasukan Team Hollywood dari Australia terus memberikan cabaran bagi mempertahankan kejuaraan.

Bagaimana pun Team Hollywood menerusi skipper berpengalaman Ray Roberts menamatkan aksi di tempat ketiga keseluruhan hari ini selepas perlumbaan pertama dibatalkan menyaksikan pasukan itu sekadar meraih 8 mata.

Sebaliknya takhta perlumbaan kelas Racing bertukar tangan kepada pasukan dari Belanda efileConnect yang mengutip mata keseluruhan menerusi skipper Rolf Heemskerk.

Wakil Malaysia pasukan Zuhal menamatkan saingan di kedudukan terakhir dengan mengumpul 14 mata dari 3 perlumbaan.

Dalam kelas IRC1 pula pasukan negara matahari Mata Hari KL Registry tampil dengan misi untuk melakar kejuaraan keenam musim ini.

Namun perlumbaan yang berlangsung di perairan Kuah berserta kelajuan angin mencecah sekitar 8 hingga 9 knot menyaksikan Matahari menamatkan aksi di tempat kedua terbaik mengutip 6 mata hanya berbeza 1 mata dengan Char Chan dari Jepun.

Esok merupakan hari kedua saingan bermula jam 10.00 pagi melibatkan pembabitan semua kelas perlumbaan.