Home / Lain - Lain / KEJOHANAN REGATTA ANTARABANGSA DIRAJA LANGKAWI MELABUHKAN TIRAI

KEJOHANAN REGATTA ANTARABANGSA DIRAJA LANGKAWI MELABUHKAN TIRAI

Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR 2020) melabuhkan tirainya hari ini.

Pasukan Hollywood yang telah mengesahkan kejuaraan semalam tetap unggul menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama.

Perlumbaan yang sepatutnya bermula ja 9.30 pagi ditunda hampir dua jam gara-gara ketiadaan angin di sekitar perlabuhan Kuah.

Sebaik saja bermula pasukan dari Australia Hollywood yang telah menjuarai kelas Racing tumpuan hari ini lebih terarah kepada tempat kedua dan ketiga diantara pasukan efileConnect dengan pasukan dari Thailand THA72

Tempat kedua memihak kepada pasukan THA72 hanya dibezakan dengan masa 0.3 saat manakala dan efileConnect ketiga.

Tempat keempat diraih pasukan dari Singapura Windsikher manakala wakil negara Zuhal dikemudi skipper Salleh Ahmad ditempat terakhir..

Terbaik dari wakil negara adalah menerusi kelas Sportsboats menerusi pasukan MSA-MSN menerusi skipper Muhammad Uzzair Amin Mohd Yusof yang mengumpul 10 mata keseluruhan untuk mengatasi wakil dari TLDM Navy 1 17 mata menerusi skipper Mohd Akiyuddin Mat Zaki.

Ini diikuti dengan pasukan UMT 25 mata dan keempat MY Gadis dengan 34 mata.