Home / Lain - Lain / KEJOHANAN RAGBI ASIA B19 : UAE IKAT MALAYSIA

KEJOHANAN RAGBI ASIA B19 : UAE IKAT MALAYSIA

Try minit akhir Nor Alif Ikmal Hisham menyelamatkan Malaysia untuk mengikat Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan keputusan 12-12 pada perlawanan pertama Kejohanan Ragbi Asia B19 Divisyen 2.

Dengan keputusan seri yang dilakar bermakna Malaysia mesti menang perlawanan kedua rabu nanti untuk layak ke divisyen 1 tahun depan.

Dengan hanya dua pasukan bersaing di divisyen 2 pastinya kedua-dua pasukan Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu mahu kan kemenangan pertemuan pertama kedua-dua pasukan.

Pertarungan sengit yang disajikan pada 35 minit separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan 0-0 tamat separuh masa.

4 minit sebaik babak kedua bersambung Malaysia akhirnya berjaya memecah kebuntuan menerusi trial Adam Aris Alias bagi menghadiahkan 5 mata pertama sebelum Mohd Faiz Aslah menambah 2 mata conversion untuk menjadikan kedudukan 7-0.

Bagaimanapun minit ke-47 UAE kembali mengikat mata 7-7 selepas Stuart Duncan melengkapkan trial selain conversion Justin Breed.

Minit ke-63 kelebihan mula memihak UAE yang berjaya meraih 5 mata trial menerusi Harmish Anderson untuk kedudukan semasa 12-7.

Menuju penamat cubaan Malaysia membuahkan hasil apabila Nor Aliff Ikmal Hisham berjaya mencipta trial kedua.

Cuma nasib tidak menyebelahi skuad negara apa sepakan conversion Faiz sedikit tersasar menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 12-12.

Kedua-dua pasukan akan kembali bertemu rabu ini bagi menentukan juara kumpulan dan sekaligus naik ke divisyen 1 tahun depan.