Home / Lain - Lain / KEJOHANAN MY ESPORTS STAY@HOME CHALLENGE : PASUKAN TUAN MENEWASKAN LOCKDOWN RE UNTUK BERGELAR JUARA MOBILE LAGENDS

KEJOHANAN MY ESPORTS STAY@HOME CHALLENGE : PASUKAN TUAN MENEWASKAN LOCKDOWN RE UNTUK BERGELAR JUARA MOBILE LAGENDS

Aksi grand final Mobile Lagends bersempena Kejohanan MyEsports Stay@Home Challenge menemukan dua wakil utara pasukan Tuan dari Perlis bertemu pasukan Lockdown RE dari Pulau Pinang.

Dalam pertembungan Best Of Three pasukan Tuan mempamerkan dominasi penuh dengan kemenangan 2-0 untuk bergelar juara.

Lockdown RE meneruskan kehebatan wakil dari Pulau Pinang selepas pertemuan sesama sendiri nyata sukar memberi saingan kepada pasukan Tuan.

Dominasi penuh ditampilkan Tuan apabila mengungguli pusingan pertama dengan keputusan 21 kills berbalas 3 dalam tempuh kurang 9 minit.

Cuba untuk bangkit pada perlawanan kedua namun keserasian pasukan Tuan terus sukar digugat.

Tanpa tekanan pasukan Tuan memenangi kemenangan dengan 24 kills berbalas 6 sekaligus wakil dari Perlis ini sah bergelar juara edisi kedua My Stay@Home Challenge.

Selaku pemenang pasukan Tuan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.00