Home / Hoki / KEJOHANAN HOKI PIALA TUN ABD RAZAK : 26 PASUKAN TELAH SAHKAN PENYERTAAN

KEJOHANAN HOKI PIALA TUN ABD RAZAK : 26 PASUKAN TELAH SAHKAN PENYERTAAN

Kejohanan Hoki Piala Tun Abd Razak 2020 tetap mendapat sambutan hangat menjelang saingan yang akan bermula pada 18 hingga 26 September depan.

Sebanyak 26 pasukan telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Daripada jumlah itu sebanyak 15 pasukan akan merancakkan saingan divisyen lelaki manakala baki 11 pasukan akan beraksi dalam saingan divisyen wanita.

Edisi kali ini hanya menyaksikan Sarawak tidak akan menyertai kejohanan bagi kategori lelaki sementara skuad Johor, Sabah, Melaka, Perlis dan Kelantan mengesahkan tidak bertanding bagi kategori wanita.

Menurut pengerusi jawatankuasa pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) teruja melihat saingan hoki semakin rancak namun pihaknya tetap akan mengutamakan langkah keselamatan dan kesihatan semua kontinjen yang bertanding nanti.

Bagi pendaaftaran pemain semua pasukan diminta memuktamadkan senarai pemain sebelum tarikh tutup penyertaan pada 11 September.

Selain itu pihak MHC tidak mengenakan sebarang yuran penyertaan dengan kejohanan kali ini turut menyaksikan tiada had umur pemain ditetapkan.

Melaka muncul juara kategori lelaki selepas menewaskan Johor 3-1 manakala Selangor mengungguli divisyen wanita apabila mengalahkan Kuala Lumpur dengan kemenangan tipis 1-0.