Home / Hoki / KEJOHANAN HOKI B14 KEBANGSAAN 2019 : PERAK DAN NEGERI SEMBILAN JUARAI KATEGORI LELAKI DAN WANITA

KEJOHANAN HOKI B14 KEBANGSAAN 2019 : PERAK DAN NEGERI SEMBILAN JUARAI KATEGORI LELAKI DAN WANITA

Negeri Sembilan sah bergelar juara Kejohanan Hoki B14 Kebangsaan bagi kategori perempuan selepas menumpaskan Perak dalam perlawanan akhir.

Kebangkitan pada baki 8 minit terakhir nyata membuahkan hasil menerusi dua gol hasil jaringan Husna Najiha Osman untuk memastikan trofi kejuaraan menjadi milik Negeri Sembilan.

Perak turun dengan reputasi tinggi selepas kejayaan kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan mara ke perlawanan akhir.

Saingan Perak-Negeri Sembilan bermula seimbang sehingga tamat suku pertama.

Bersambung suku kedua Perak akhirnya memecah kebuntuan selepas kapten pasukan Nurul Syafika Nurhisam menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-22.

Kekal 1-0 hingga tamat suku ketiga kebangkitan mula dipamer Negeri Sembilan pada suku keempat.

Minit ke-52 Husna Najiha Najman berjaya menyamakan kedudukan buat Negeri Sembilan menerusi gol sudut penalti.

Dan ketika permainan hanya berbaki seminit, Husna muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan sekaligus memastikan gelaran juara kategori perempuan menjadi milik Negeri Sembilan dengan keputusan penuh perlawanan 2-1.

Dalam pada itu harapan Perak untuk menebuskan kehampaan dalam kategori lelaki juga tidak kesampaian selepas tewas kepada Johor 3-1.

Johor gah menguasai perlawanan membuka jaringan di hujung suku pertama menerusi gol padang Azimuddin Shakir Kamaruddin.

Bagaimanapun Perak bangkit menyamakan kedudukan pada suku kedua selepas Mohd Nazim Hakim Zulkhairi turut mencipta gol padang minit ke-24.

Kekal terikat 1-1 sehingga tamat suku ketiga rentak berbeza mula disajikan Johor sebaik suku keempat bersambung.

Minit ke-51 Azimuddin menjaringkan gol kedua peribadi untuk Johor kembali di depan dengan kedudukan 2-1.

Dan Azimuddin melengkapkan hatrik seminit berselang bagi membolehkan Johor mencatatkan kemenangan 3-1 untuk bergelar juara.

Kemenangan ini turut menyaksikan Johor berjaya membalas dendam kekalahan edisi lalu juga kepada pasukan Perak ketika kedua-dua pasukan turut berentap dalam perlawanan akhir.