Home / Golf / KEJOHANAN GOLF TERBUKA BANDAR MALAYSIA TARIK 165 PENYERTAAN KESELURUHAN

KEJOHANAN GOLF TERBUKA BANDAR MALAYSIA TARIK 165 PENYERTAAN KESELURUHAN

Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor – Presiden MGA

Kejohanan Golf Terbuka Bandar Malaysia yang dijadualkan berlangsung minggu ini tetap akan diteruskan ketika beberapa kejohanan sukan terpaksa dibatalkan atau ditunda berikutan penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Kesemua 156 pemain telah mengesahkan penyertaan untuk memulakan aksi yang bermula Khamis ini.

Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor segala langkah berjaga-jaga telah diambil bagi memastikan kejohanan ini berlangsung dengan selamat.

Kejohanan ini kembali selepas empat tahun tidak dipertandingkan menjaminkan tarikan yang berbeza diberikan terutamanya di kalangan pemain tempatan.

Sejak kejohanan ini mula dipertandingkan pada 1962 masih belum muncul pemain negara yang meraih gelaran juara.

Kejohanan Golf Terbuka Malaysia edisi 2020 ini merupakan salah satu kejohanan utama dalam kalendar golf di Malaysia.

Kejohanan ini akan menyingkap tirainya Khamis ini dengan lapangan Kelab Golf Kota Permai menjadi venue pertandingan.

Dalam pada itu dengan berbaki empat bulan menuju ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, tempuh masa yang dimiliki perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh pemain tempatan untuk berada dalam senarai 60 pemain ke Tokyo.

Ini bermakna saingan golf Terbuka Malaysia pada kali ini turut dijadikan medan buat pemain-pemain negara untuk mengutip mata bagi meraih tiket kelayakan.

Setakat ini hanya Gavin Kyle Green yang berada dalam senarai 60 pemain di kedudukan ke-50 diikuti Ben Yong yang kini berada di tangga 352 dunia selain Nicholas Fung dikedudukan 698 dunia.

Bagi Olimpian Danny Chia peluang masih terbuka buat pemain negara bagi memastikan dua tiket menjadi milik Malaysia.