Home / Golf / KEJOHANAN GOLF AMAL MEDIA SAM 2019 RAIH RM50,000

KEJOHANAN GOLF AMAL MEDIA SAM 2019 RAIH RM50,000

Kejohanan Golf Amal Korporat Media SAM 2019 yang dianjurkan Persatuan Pelancongan Golf Johor (JGTA) berjaya meraih RM50,000.

Menurut Presiden JGTA Kol.(B) Mohd Jamal Salleh ia melebih sasaran yang ditetapkan malah sambutan peserta juga amat menggalakkan dengan lebih 100 pemain menyertai kejohanan sulung JGTA dengan kerjasama Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) ini.

Walaupun pertandingan golf amal dianjurkan JGTA setiap tahun sejak 2016, namun kejohanan ini adalah kali pertama diadakan di Johor dan hasil tabung amal akan disalurkan kepada SAM.

Selain itu acara ini juga diadakan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dan kempen Tahun Melawat Johor 2020.

Edisi pertama Kejohanan Golf Amal Korporat SAM 2019 berlangsung dengan jayanya di lapangan Tasik Kelab Golf Forest City Gelang Patah Johor Bahru yang berjaya menghimpun lebih 100 pemain golf di kalangan penyumbang derma, sektor korporat dan swasta serta agensi kerajaan.

Kejohanan ini juga berjaya menarik penyertaan dari seluruh negara termasuk pemain antarabangsa dari Singapura, Korea Selatan dan Belgium.