Home / Golf / KEJOHANAN GOLF AMAL KORPORAT MEDIA SAM 2019

KEJOHANAN GOLF AMAL KORPORAT MEDIA SAM 2019

Kejohanan Golf Amal Korporat Media SAM 2019 yang dijadualkan berlangsung di Classic Course Forest City Golf Resort 24 November ini.

Angka itu dijangka akan bertambah dengan sasaran 100 peserta mampu dicapai sebelum jumaat ini.

Persatuan Penulis-penulis Sukan (SAM) dan Persatuan Pelancongan Golf Johor (JGT) mengumumkan kerjasama untuk menganjurkan kejohanan golf amal pertama antara kedua-dua pihak yang akan diadakan di lapangan baru berkelas dunia Forest City Golf Resort.

Ia berjaya menarik peminat sukan golf di seluruh negara termasuk Singapura dan Korea Selatan.

Kejohanan ini juga selaras dengan sambutan ulangtahun SAM ke-50, Tahun Melawat Malaysia 2020 dan kempen Melawat Johor 2020.

Menghangatkan lagi suasana Tenaga Nasional Berhad (TNB) tampil menaja kejohanan ini menerusi sumbangan RM10,000.

Ia disampaikan oleh Pengurus Besar Perkhidmatan Pelanggan TNB Johor Datuk Badrul Sham Saad kepada ahli majlis JDT Mohd Shah Rahman dan Albert Teoh.