Home / Bola Sepak / Kejohanan Futsal AFF 2019 : Senarai akhir 14 pemain bakal diumumkan selepas aksi persahabatan menentang New Caledonia

Kejohanan Futsal AFF 2019 : Senarai akhir 14 pemain bakal diumumkan selepas aksi persahabatan menentang New Caledonia

Menjelang Kejohanan Futsal AFF 2019, Ketua Jurulatih Futsal Kebangsaan Chiew Chun Yong hanya akan mengumumkan senarai akhir 14 pemain futsal negara selepas dua aksi persahabatan negara menentang New Caledonia Rabu ini di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam.

Ia sebagai persiapan terakhir skuad negara sebelum berlepas ke Ho Chin Minh Vietnam pada 19 Oktober ini.

“Semua pemain sudah bersedia untuk perlawanan ini. Saya hanya mementingkan prestasi mereka di atas padang esok”, ujan Chun Yong.

Bagi pasukan New Caledonia dua aksi persahabatan menentang Malaysia adalah penting bagi persiapan kelayakan Futsal AFF 2020 bagi Zon Oceania.

New Caledonia akan menjadi tuan rumah bagi pusingan kelayakan itu pada 28 Oktober ini.

Sementara itu pada Kejohanan Futsal AFF 2019 yang dijadualkan berlangsung dari 21-27 Oktober ini di Vietnam, Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama tuan rumah Vietnam, Australia dan Indonesia.

Kejohanan ini menjadi saingan kelayakan Kejuaraan Futsal AFC 2020 dengan tiga pasukan terbaik akan mewakili zon Asia ke pusingan akhir kejohanan itu yang dijadualkan berlangsung di Turkmenistan dari 27 Februari hingga 8 Mac 2020.

Pada edisi kejohanan futsal AFF tahun lepas di Jogjakarta Indonesia, skuad negara menamatkan cabaran selaku naib juara selepas tumpas 2-4 kepada Thailand di pentas final.