Home / Lain - Lain / Kejohanan Footgolf Asia Cup 2019 : Malaysia sasar kedudukan podium

Kejohanan Footgolf Asia Cup 2019 : Malaysia sasar kedudukan podium

Persatuan Footgolf Malaysia akan menyertai Kejohanan Footgolf Asia Cup yang akan berlangsung pada 18-22 November ini di Horizons Golf Resort Australia.

Walaupun ia merupakan kejohanan sulung mereka di pentas antarabangsa pasukan negara tetap optimis memberi saingan untuk berada dikedudukan podium.

Footgolf dimainkan di lapangan yang sama dengan sukan golf, kiraan mata sebagaimana sukan golf menerusi permainan 16 atau 32 lubang.Pemain akan menggunakan bola berukuran saiz 5 sama seperti bola sepak.

Pada kejohanan Footgolf Piala Asia di Australia yang bermula 18 November nanti Malaysia akan menghantar 9 pemain lelaki diketuai Jeffridin Abdul Daud dan seorang pemain wanita S.Stefani.

Kedudukann tiga terbaik dianggap realistik memandangkan Jepun dan tuan rumah Australia adalah pasukan pilihan dengan 10 tahun pengalaman dalam sukan ini.

Turut mengambil bahagian adalah China, Taiwan, Korea Selatan dan New Zealand.