Home / Lain - Lain / KEJOHANAN ESPORT MY STAY@HOME CHALLENGE 2.0 : ANGKATSUKI XXX JUARAI FIFA PRO CLUB;GABENOR PROJECT ALPHA UNGGULI KATEGORI PUBG MOBILE

KEJOHANAN ESPORT MY STAY@HOME CHALLENGE 2.0 : ANGKATSUKI XXX JUARAI FIFA PRO CLUB;GABENOR PROJECT ALPHA UNGGULI KATEGORI PUBG MOBILE

Persaingan 64 pasukan bagi merebut gelaran juara pertama FIFA Pro Club bagi Kejohanan ESports My Stay@Home Challenge 2.0 melabuhkan tirainya hari ini.

Pertarungan sengit menyaksikan pasukan Angkatsuki XXX muncul juara selepas mengatasi pasukan Sao Paolo menerusi penentuan sepakan penalti.

Pertandingan FIFA Pro Club ini menyaksikan pertembungan menarik Angkatsuki XXX menentang Sao Paolo dengan aksi pusingan pertama berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 selepas jaringan pembukaan Sao Paolo berjaya diikat Angkatsuki.

Pertandingan diteruskan dengan pusingan kedua namun persaingan sengit yang disajikan mengheret permainan ke aksi masa tambahan.

Kebuntuan pemenang memaksa pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.

Sehingga sepakan ke-10 Angkatsuki gah menghasilkan semua jaringan menewaskan penjaga gol Sao Paolo.

Penjaga gol Angkatsuki berjaya menangkis tendakan penalti ke-10 Sao Paolo bagi membolehkan Angkatsuki muncul juara dengan keputusan 10-9.

Selaku juara Angkatsuki membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.00.

Sementara itu dalam aksi grand final PUBG Mobile persaingan 16 pasukan akhir berlangsung sengit sebanyak 4 pusingan.

Ia bermula dengan penguasaan Westar Cheetah dari Melaka pada pusingan pertama.

Kebangkitan disajikan wakil Kuala Lumpur Gabenor Project Alpha pada dua pusingan berikutnya untuk meraih mata penting.

Walaupun terlepas peluang untuk mencatatkan satu lagi Chicken Dinner pada perlawanan terakhir yang menjadi milik Team Madness Pulau Pinang,

Jumlah 64 mata yang dikumpul Gabenor Project Alpha membolehkan mereka meraih gelaran juara mengulangi satu lagi kejayaan pasukan dari Kuala Lumpur Berubah Game pada edisi pertama kejohanan.