Home / Bola Sepak / KEJOHANAN BOLA SEPAK ASIA CHALLENGE CUP 2020 : BANGKOK UNITED ATAS HANOI FC

KEJOHANAN BOLA SEPAK ASIA CHALLENGE CUP 2020 : BANGKOK UNITED ATAS HANOI FC

Kejohanan Bola Sepak Asia Challenge Cup 2020 Kelab Bangkok United meraih kemenangan 3-0 menundukkan Hanoi FC dalam aksi pembukaan di Stadium Shah Alam.

Saingan selama dua hari ini adalah kejohanan pra-musim pertama di Malaysia yang disertai empat pasukan termasuk Selangor dan Persib Bandung dari Indonesia.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah hadir merasmikan perlawanan pembukaan.

Pada aksi pertama menemukan Bangkok United dan Hanoi FC menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan diawal permainan.

Namun pada minit ke-36 Bangkok United memecah kebuntuan gol menerusi jaringan Nattawut Suksum.

Tersentak dengan gol lawan Hanoi FC cuba bangkit menyerang sebaik babak kedua.

Bagaimanapun gawang Hanoi dibolosi kali ini menerusi jaringan Wender Sauza pada minit ke-63.

Disaat Hanoi masih mencari gol bagi merapatkan kedudukan sekali lagi mereka dihukum dengan gol ketiga Bangkok United pada minit ke-82