Home / Lain - Lain / Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan 2019 : Kuala Lumpur buktikan penguasaaan; Perak dalam kelas tersendiri

Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan 2019 : Kuala Lumpur buktikan penguasaaan; Perak dalam kelas tersendiri

Kuala Lumpur yang tampil selaku juara dua edisi Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan dengan mudah menundukkan Johor 44-26.

Lawan yang menanti Kuala Lumpur pada perlawanan seterusnya adalah Perak yang menewaskan Terengganu.

Terdahulu pada saingan peringkat kumpulan B tumpuan tertumpu kepada naib juara kejohanan edisi lalu Terengganu bertemu Johor.

Pasukan lebih dahulu menguasai perlawanan dengan mendahului 16-13 sebelum Johor menyamakan keputusan 16-16 pada separuh masa pertama.

Memasuki suku kedua aksi tambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling menyerang balas.

Bagaimanapun menuju hujung perlawanan kedua-dua pasukan jelas sama handal apabila kedudukan terikat 34-34.

Manakala bagi saingan peringkat kumpulan A menyaksikan pasukan Perak menang mudah keatas Negeri Sembilan dengan keputusan 30-18.

Pasukan Perak nyata berada dalam kelas tersendiri apabila mendominasi setiap suku perlawanan sekaligus melayakkan diri ke pusingan akhir.