Home / Badminton / KEJOHANAN BADMINTON THAILAND MASTERS : HANYA SATU BEREGU NEGARA DI PENTAS FINAL

KEJOHANAN BADMINTON THAILAND MASTERS : HANYA SATU BEREGU NEGARA DI PENTAS FINAL

Daripada empat wakil negara yang bertanding pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Thailand Masters hanya satu sahaja yang layak menjejak kaki ke perlawanan akhir.

Kini harapan negara disandarkan di bahu beregu lelaki Ong Yew Sin / Teo Ee Yi untuk mencipta kejuaraan.

Menentang lawan dari Taiwan Lee Jhe Huei / Yang Po Hshuan menjadi kemenangan mudah buat Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi.

Menang set pertama 21-17 momentum itu diteruskan pada set kedua untuk kemenangan 21-14 dalam tempoh hanya 25 minit bagi mengesahkan slot ke final.

Namun prestasi yang sama gagal dipamerkan beregu berpengalaman Goh V Shem dan Tan Wee Kiong yang angkur tersingkir apabila ditewaskan oleh beregu dari China Huang Kai Xiang dan Liu Cheng.

Agak mengecewakan apabila pasangan beregu pilihan keempat yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik ini gagal mempamerkan prestasi sebenar apabila tewas agak mudah 15-21 11-21

Kekecewaan sekali lagi melanda kem negara apabila satu lagi beregu campuran Goh Soon Huat / Shevon Lai tersungkur tewas kepada pasangan dari England Marcus Eliss dan Laurent Smith 21-19 19-21 22-24.

Harapan kepada satu lagi beregu negara untuk layak ke final turut hampa apabila Tan Kiah Meng / Lai Pei Jing dikejutkan oleh pilihan keempat dari Indonesia Hafiz Faizal / Gloria Widjaja.

Sekalipun menarik lawan hingga ke perlawanan rubber game namun tuah tidak memihak apabila terpaksa akur 19-21 23-21 dan 17-21.